Monday 6 May 2013

Contoh Borang Transit BM Tahun 2 KSSR

Untuk bantuan guru-guru yang mencari contoh untuk membuat rekod transit BM Tahun 2 untuk Band 1, silalah klik link di bawah untuk muat turun rekod transit. Untuk band yang lain, guru-guru bolehlah tukar band itu sahaja.

Klik di bawah untuk muat turun :-

Thursday 2 May 2013

Anjing dan Bayang-Bayangnya


Cerita  rakyat 
                
Anjing Dan Bayang – Bayangnya

  Di dalam sebuah kampung, ada seekor anjing yang sudah tua lagi terbiar. Tidak ada sesiapa yang mahu mendekati apatah lagi untuk memeliharanya. Sebelum ini, anjing tersebut telah dipelihara oleh satu keluarga  berbangsa Cina. Setiap hari makanannya sedap belaka dan makanannya pula disediakan mengikut masa yang tepat. Bulunya cantik berkilat kerana sentiasa disikat dan dimandikan oleh tuannya.  Apabila ia berasa lapar, ia akan terus menuju ke arah pinggan yang berada di hujung beranda.  Tetapi apabila ia sudah tua, ia dihalau seperti anjing kurap. Betul kata pepatah melayu anjing kurap bermaksud sesuatu yang tidak elok dan tidak berguna lagi.
  
   Setiap hari sukar untuk anjing tersebut mencari makan. Apabila terserempak dengan manusia pula, ada yang membaling batu dan ada pula yang membalingnya dengan kayu. Terpaksalah anjing itu lari menyelamatkan dirinya kerana takut terkena batu atau kayu. Kadang kala hinggap juga batu atau kayu di kaki atau badannya. Apatah lagi luka dan lebam di kaki atau badannya. Tiap kali anjing tersebut terpaksa merayau-rayau di kawasan sampah sarap dengan mengharapkan agar ada saki baki makanan yang boleh dimakan untuk mengisi perutnya yang lapar.  Pada suatu hari, sedang anjing itu berjalan-jalan di satu kawasan kampung, ia telah terlihat seketul tulang. Hatinya sangat gembira kerana hari itu merupakan rezekinya yang tidak disangka-sangka. Cepat-cepat anjing tersebut menggonggong tulang tersebut dan ia pun berlari dengan sekuat hatinya agar tidak ada sesiapa yang melihatnya.
  

   Anjing itu pun berlari dan terus berlari sehinggalah sampai di sebuah sungai. Anjing tersebut terpaksa melalui sebatang titi untuk meneruskan perjalanannya agar dia boleh memakan tulang itu dengan tidak ada sesiapa yang akan mengganggunya. Ia melalui titi tersebut dengan penuh berhati-hati agar tulang itu tidak jatuh ke dalam sungai itu. Sambil ia melalui titi tersebut, dia melihat ada bayang-bayang di dalam sungai itu.
  
  Dengan perlahan-lahan dia pun melihat di permukaan air sungai itu.  Didapatinya ada seekor lagi anjing yang sedang menggonggong seketul tulang yang sama sepertinya.  Maka ia pun berfikir jika dia dapat tulang yang digonggong oleh anjing di dalam sungai itu, maka dia akan mempunyai satu lagi tulang yang menjadikannya ada dua ketul tulang. Dia terus menyalak sambil menunjukkan taringnya untuk menakutkan anjing yang ada di dalam sungai itu. Dengan salakannya itu ia mengharapkan agar anjing yang berada di dalam sungai itu lari dan meninggalkan tulang yang sedang digonggongnya.
  
  Apatah lagi, tiba-tiba tulang yang digonggongnya pun terus jatuh ke dalam sungai. Terkebil-kebil matanya melihat tulangnya yang telah hilang dan tenggelam tidak kelihatan lagi.  Alangkah kasihannya anjing tersebut kerana dia tidak dapat merasai kenikmatan tulang yang baru sahaja diperoleh pada hari itu.



                                             
Nota Pembaca :-

Pengajaran yang dapat dari cerita di atas ialah orang tamak selalu rugi.

Mari Membaca Buku Cerita


Mari membaca buku cerita

   Kancil dan buaya

     Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang
  di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila masa saja.

    Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan
  lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

  
 Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

  
 Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kancil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kancil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

 
 Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

  
 Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

 
 Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Kata Nama Khas


Kata Nama Khas

1. Kata Nama Khas  digunakan untuk menyebut sesuatu seperti manusia, haiwan, benda , tumbuh-tumbuhan  dan tempat secara khusus.
2. Kata Nama Khas  ditulis dengan huruf besar.
3. Contoh kata Nama khas adalah seperti yang berikut :-


A) Manusia

Doktor Ali, Puan Zainab, Cikgu Puspa, Awie, Encik Lim.

B)  Haiwan

Sang Buaya, Comot, Tomok, Sang Siput, Si Putih, Sang Gagak , Pak Belalang.

C)  Benda

Adidas, Bata, Rolex, Hitachi, Wira, Persona, Sharp, National, Inspira, Naza Ria .

D)  Tempat

Lenggong, Lumut, Seri Manjung, Tanjong Malim  , Sitiawan ,Kuala Kangsar, Ipoh,
Muzium Taiping, Zoo Taiping,Menara Berkembar Petronas, Perak, Johor.



Contoh Soalan

Garisi kata Nama Khas  dalam ayat- ayat dibawah .


1.  Ibu berasal dari Lenggong.

2.  Ayah orang Johor.

3. Ibu membeli baju jenama Adidas dan menghadiahkan kepada ayah.

4. Ibu  bekerja sebagai guru di  Sek. Keb. Kpg Dato' Seri Kamaruddin Seri Manjung, Perak.

5. Ibu suka berkelah di Teluk Batik  dan Pulau Pangkor.

6. Ayah bekerja di Lumut.

7. Ibu suka pakai jam jenama Rolex.

8. Saya pakai kasut jenama Bata  ke sekolah

Kata Kerja

Kata Kerja

Isi tempat kosong dengan kata kerja yang betul.


mencuci
membaca
mendengar
mengunting
mengecat
menjerit


 1.    Pak Abu sedang ______________________ rambut Asraf.


     2.   Ayah _______________ surat khabar sambil minum air teh.


     3.   Kakak gemar   _______________ radio sambil makan.


     4.   Kassim __________________ pintu pagar sebelum 
     ke pejabat.


     5.   Ita  sedang _____________ pinggan – mangkuk di dapur. 

  

      Murid  (menguasai / tidak menguasai)

Contoh Instrumen BM Tahun 1


Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi

Bahasa Malaysia Tahun 1
Kemahiran
Menulis
Band
    2
Pernyataan
standard
Mengetahui  dan memahami perkataan yang didengar – ditutur, dibaca dan ditulis.
Deskriptor
B2DT1
Evidens
B2DT1E1
Aktiviti
Pentaksiran
Bahan :
.Kad gambar
.kad perkataan
( betik, jambu, pisang,
tembikai, rambutan )
Langkah Pentaksiran :
1.            Minta murid menyebut nama buah-buahan tempatan.
2.           Minta  murid membaca kad perkataan yang ditunjukkan oleh guru.
3.           Murid menulis nama buah berdasarkan gambar.


Instrumen Pentaksiran  Standard Prestasi
Bahasa Malaysia Tahun 1
Nama           :..........................................................
Tarikh         :..................................
Kelas           :.....................................
Rujukan        : B2DT1E1

Arahan : Tulis nama buah berdasarkan
gambar di bawah :- 


Buah-buahan tempatan


1.     ........................................................................


2.     .......................................................................


3     .......................................................................


4.    ......................................................................


5.   .......................................................................

Seni Bahasa


STANDARD  KANDUNGAN  DAN STANDARD PEMBELAJARAN  ASPEK  SENI BAHASA

Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa , memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran  ini secara didik hibur supaya dapat menarik  minat  murid  dan membantu murid lebih berktrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran  seni bahasa, guru harus menetapkan  objektif yang perlu dicapai oleh  oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan  dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa Yang disediakan .

STANDARD KANDUNGAN SENI BAHASA

Murid patut mengetahui dan boleh melakukan :  -

4.1   Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara   
        didik hibur.
4.2   Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan   bahasa badan secara
        kreatif semasa bercerita secara didik hibur.
4.3  Mengujarkan bahasa yang indah  dan menggunakan bahasa badan dengan
       kreatif melalui lakonan  secara didik hibur
4.4  Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa    
       yang indah secara didik hibur.


Contoh Aktiviti:
  1. Baca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul
    Anak ikan mati dituba,
    Menunggang basikal jangan berlumba.

    Nasihat ibu harus diikut,
    Naik kapal terbang janganlah  takut.

    Buah pisang  diatas peti,
    Pandu kereta berhati- hati.

    Namakan kenderaan  yang anda ketahui :-
    1.
    2.
    3.
    4.
    5.
  2.        Contoh Pantun

    Baca pantun di bawah. Suaikan ayat supaya menjadi pantun dua kerat.

                      Guna joran memancing di        muara.
         Suasana taman  nyaman dan tenang.
                  Makan nasi berbuka puasa.
                    Menolong orang setiap masa.
                  Long tolong beli peria.
                Keluarga Lina sangat ceria.
      Menguli tepung bukannya senang.
                     Hiburkan hati,hilangkan lara.

    B)    Salin semula pantun  dua kerat di atas dengan susunan yang betul. 
    1)
    2)


    3) 


    4)
         
       Murid (menguasai / tidak menguasai)

Seni Bahasa (Pantun)


Sebut, eja Dan Baca

Mari sebut, eja dan baca
      
 Set 1
  Keluarga  saya


1.        Saya ada ibu.

2.       Saya sayang ibu.

3.       Saya ada ayah.  

4.       Saya kasih ayah.

5.       Keluarga saya sangat bahagia.

Set 2

6.        Hani  ada datuk.

7.        Hani ada nenek.

8.        Mereka kasih akan Hani.

9.        Datuk dan nenek tinggal di kampung.

10.      Datuk dan nenek hidup bahagia .
       
   Mari baca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

    Set 1

                    Guru saya

Saya mempunyai seorang guru yang paling saya sayangi. Nama beliau ialah Cikgu Azlina.Beliau seorang yang baik hati dan penyayang.
Cikgu Azlina berasal dari Lenggong Perak  dan mengajar selama 7 tahun di Sek.Keb.Kpg Dato’ Seri Kamaruddin. Suami Cikgu Azlina bekerja sebagai  tentera laut . Cikgu Azlina mempunyai 3 orang anak.
Cikgu Azlina selalu memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga saya benar- benar faham akan sesuatu topik.Cikgu Azlina juga merupakan seorang penasihat yang baik.Beliau selalu menasihati pelajar – pelajarnya agar rajin belajar.
Saya bercita-cita ingin menjadi guru seperti Cikgu Azlina. Saya perlu rajin belajar dan Cikgu Azlina merupakan semangat untuk saya berjaya.


               Set 2


          Rumah Saya

Rumah saya terletak di Taman Pegawai Seri Manjung. Rumah saya rumah  banglo.Di dalam rumah saya ada empat buah bilik tidur. Ruang tamu rumah saya dihiasi dengan cantik dan sentiasa bersih. Di hadapan rumah saya pula ada banyak pokok bunga .
Pada hari minggu, kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan kawasan rumah. Oleh itu, rumah saya bersih dan kemas.

Mari kita belajar mengeja bersama-sama!







Standard Prestasi BM Tahun 2 SK/ SJK

Bila dan ada standard kurikulum, mesti ada standard prestasi untuk menilai prestasi dan pencapaian murid dalam sesuatu topik atau subtopik yang dipelajari. Untuk memudahkan guru-guru, silalah muat turun link dibawah untuk capaian Standard Prestasi BM Tahun 2 SK dan SJK. Diharap capaian ini memudahkan guru-guru BM yang lain.

Klik untuk muat turun fail:

  1. Dokumen Standard Prestasi BM Tahun 2 SK
  2. Dokumen Standard Prestasi BM Tahun 2 SJK



Panduan Guru BM Tahun 2 SK

Untuk memudahkan guru-guru mencari bahan untuk KSSR terutama buku panduan untuk P dan P, disini disertakan link untuk download buku panduan guru bagi BM Tahun 2. 

Sila klik di bawah untuk download buku panduan:

Dokumen Standard Bahasa Malaysia Tahun 2

Disini disertakan link untuk Dokumen Standard Bahasa Malaysia Tahun 2 untuk SK dan SJK bagi guru-guru yang memerlukannya.

Sila klik link untuk muat turun:-

Wednesday 1 May 2013

Latih Tubi Membaca

Contoh latihan latih tubi membaca


Awalan konsonan

man         min      mun



kan         kin        kun


lan         lin        lun


han        hin        hun


jan         jin         jun


gan         gin        gun


Murid membaca


mandi        nanti         banci


ninja          lilin           salun


pekan        bijan        rajin


makin        mihun      gincu


timun         lanun       tunda

Mari Menulis


Mari menulis

Aa
Bb
Cc
Dd
Ee
Ff
Gg
Hh
Ii
Jj
Kk
Ll
Mm
Nn
Oo
Pp
Qq
Rr
Ss
Tt
Uu
Vv
Ww
Xx
Yy
Zz




Tulis semula ayat- ayat dibawah dengan tulisan yang kemas. Ahmad sedang memotong sayur bayam.

__________________________________________
__________________________________________


2.           Aminah membeli seikat sayur kangkung di pasar.
__________________________________________
__________________________________________.


3.           Ibu memasak sup sawi dengan bebola ikan.
__________________________________________
__________________________________________.

4.           Pada setiap hari, Arraz makan nasi dengan  sup tulang dan sayur.

__________________________________________
___________________________________________.