Untuk bantuan guru-guru yang mencari contoh untuk membuat rekod transit BM Tahun 2 untuk Band 1, silalah klik link di bawah untuk muat turun rekod transit. Untuk band yang lain, guru-guru bolehlah tukar band itu sahaja.
Klik di bawah untuk muat turun :-
Monday, 6 May 2013
Thursday, 2 May 2013
Anjing dan Bayang-Bayangnya
Cerita rakyat
Anjing Dan Bayang – Bayangnya
Di dalam sebuah kampung, ada seekor
anjing yang sudah tua lagi terbiar. Tidak ada sesiapa yang mahu mendekati apatah
lagi untuk memeliharanya. Sebelum ini, anjing tersebut telah dipelihara
oleh satu keluarga berbangsa Cina. Setiap hari makanannya sedap belaka
dan makanannya pula disediakan mengikut masa yang tepat. Bulunya cantik
berkilat kerana sentiasa disikat dan dimandikan oleh tuannya. Apabila
ia berasa lapar, ia akan terus menuju ke arah pinggan yang berada di hujung
beranda. Tetapi apabila ia sudah tua, ia dihalau seperti anjing kurap.
Betul kata pepatah melayu anjing kurap bermaksud sesuatu yang tidak elok dan
tidak berguna lagi.
Setiap
hari sukar untuk anjing tersebut mencari makan. Apabila terserempak
dengan manusia pula, ada yang membaling batu dan ada pula yang membalingnya
dengan kayu. Terpaksalah anjing itu lari menyelamatkan dirinya kerana takut
terkena batu atau kayu. Kadang kala hinggap juga batu atau kayu di kaki atau
badannya. Apatah lagi luka dan lebam di kaki atau badannya. Tiap kali anjing
tersebut terpaksa merayau-rayau di kawasan sampah sarap dengan mengharapkan
agar ada saki baki makanan yang boleh dimakan untuk mengisi perutnya yang
lapar. Pada suatu hari, sedang anjing itu berjalan-jalan di satu
kawasan kampung, ia telah terlihat seketul tulang. Hatinya sangat gembira
kerana hari itu merupakan rezekinya yang tidak disangka-sangka. Cepat-cepat
anjing tersebut menggonggong tulang tersebut dan ia pun berlari dengan sekuat
hatinya agar tidak ada sesiapa yang melihatnya.
Anjing
itu pun berlari dan terus berlari sehinggalah sampai di sebuah sungai. Anjing
tersebut terpaksa melalui sebatang titi untuk meneruskan perjalanannya agar
dia boleh memakan tulang itu dengan tidak ada sesiapa yang akan
mengganggunya. Ia melalui titi tersebut dengan penuh berhati-hati agar tulang
itu tidak jatuh ke dalam sungai itu. Sambil ia melalui titi tersebut, dia
melihat ada bayang-bayang di dalam sungai itu.
Dengan
perlahan-lahan dia pun melihat di permukaan air sungai itu. Didapatinya
ada seekor lagi anjing yang sedang menggonggong seketul tulang yang sama
sepertinya. Maka ia pun berfikir jika dia dapat tulang yang digonggong
oleh anjing di dalam sungai itu, maka dia akan mempunyai satu lagi tulang
yang menjadikannya ada dua ketul tulang. Dia terus menyalak sambil
menunjukkan taringnya untuk menakutkan anjing yang ada di dalam sungai itu.
Dengan salakannya itu ia mengharapkan agar anjing yang berada di dalam sungai
itu lari dan meninggalkan tulang yang sedang digonggongnya.
Apatah
lagi, tiba-tiba tulang yang digonggongnya pun terus jatuh ke dalam sungai.
Terkebil-kebil matanya melihat tulangnya yang telah hilang dan tenggelam
tidak kelihatan lagi. Alangkah kasihannya anjing tersebut kerana dia
tidak dapat merasai kenikmatan tulang yang baru sahaja diperoleh pada hari
itu.
Nota Pembaca :-
Pengajaran yang dapat dari cerita di atas ialah
orang tamak selalu rugi.
|
Mari Membaca Buku Cerita
Mari membaca buku cerita
Kancil dan buaya
Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila masa saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.
Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.
Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kancil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kancil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".
Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.
Kata Nama Khas
Kata Nama Khas
1. Kata Nama Khas
digunakan untuk menyebut sesuatu seperti manusia, haiwan, benda ,
tumbuh-tumbuhan dan tempat secara khusus.2. Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar.
3. Contoh kata Nama khas adalah seperti yang berikut :-
A) Manusia
Doktor Ali, Puan Zainab, Cikgu Puspa, Awie, Encik Lim.
B) Haiwan
Sang Buaya, Comot, Tomok, Sang Siput, Si Putih, Sang Gagak , Pak Belalang.
C) Benda
Adidas, Bata, Rolex, Hitachi, Wira, Persona, Sharp, National, Inspira, Naza Ria .
D) Tempat
Lenggong, Lumut, Seri Manjung, Tanjong Malim , Sitiawan ,Kuala Kangsar, Ipoh,
Muzium Taiping, Zoo Taiping,Menara Berkembar Petronas, Perak, Johor.
Contoh Soalan
Garisi kata Nama Khas dalam ayat- ayat dibawah .
1. Ibu berasal dari Lenggong.
2. Ayah orang Johor.
3. Ibu membeli baju jenama Adidas dan menghadiahkan kepada ayah.
4. Ibu bekerja sebagai guru di Sek. Keb. Kpg Dato' Seri Kamaruddin Seri Manjung, Perak.
5. Ibu suka berkelah di Teluk Batik dan Pulau Pangkor.
6. Ayah bekerja di Lumut.
7. Ibu suka pakai jam jenama Rolex.
8. Saya pakai kasut jenama Bata ke sekolah
Kata Kerja
Kata Kerja
Isi tempat kosong dengan kata kerja
yang betul.
mencuci
|
membaca
|
mendengar
|
mengunting
|
mengecat
|
menjerit
|
1. Pak Abu sedang ______________________
rambut Asraf.
2. Ayah
_______________ surat khabar sambil minum air teh.
3. Kakak gemar _______________
radio sambil makan.
4. Kassim __________________ pintu pagar
sebelum
ke
pejabat.
5. Ita sedang
_____________ pinggan – mangkuk di dapur.
Murid (menguasai /
tidak menguasai)
Contoh Instrumen BM Tahun 1
Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi
Bahasa Malaysia Tahun 1
Kemahiran
|
Menulis
|
Band
|
2
|
Pernyataan
standard
|
Mengetahui dan
memahami perkataan yang didengar – ditutur, dibaca dan ditulis.
|
Deskriptor
|
B2DT1
|
Evidens
|
B2DT1E1
|
Aktiviti
Pentaksiran
|
Bahan :
.Kad gambar
.kad perkataan
( betik, jambu, pisang,
tembikai, rambutan )
Langkah Pentaksiran :
1. Minta
murid menyebut nama buah-buahan tempatan.
2. Minta murid
membaca kad perkataan yang ditunjukkan oleh guru.
3. Murid
menulis nama buah berdasarkan gambar.
|
Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi
Bahasa Malaysia Tahun 1
Nama :..........................................................
Tarikh :..................................
Kelas :.....................................
Rujukan : B2DT1E1
Arahan : Tulis nama buah
berdasarkan
gambar di bawah :-
Buah-buahan tempatan
1. ........................................................................
2. .......................................................................
3 .......................................................................
4. ......................................................................
5. .......................................................................
Seni Bahasa
STANDARD
KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA
Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa , memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berktrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa Yang disediakan .
STANDARD KANDUNGAN SENI BAHASA
Murid patut mengetahui dan boleh melakukan : -
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara
Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa , memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berktrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa Yang disediakan .
STANDARD KANDUNGAN SENI BAHASA
Murid patut mengetahui dan boleh melakukan : -
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara
didik hibur.
4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa
badan secara
kreatif semasa bercerita secara didik
hibur.
4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan
menggunakan bahasa badan dengan
kreatif melalui lakonan secara
didik hibur
4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi
yang betul menggunakan bahasa
yang indah secara didik hibur.
Contoh Aktiviti:
- Baca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betulAnak ikan mati dituba,Menunggang basikal jangan berlumba.Nasihat ibu harus diikut,Naik kapal terbang janganlah takut.Buah pisang diatas peti,Pandu kereta berhati- hati.Namakan kenderaan yang anda ketahui :-1.2.3.4.5.
- Contoh PantunBaca pantun di bawah. Suaikan ayat supaya menjadi pantun dua kerat.Guna joran memancing di muara.Suasana taman nyaman dan tenang.Makan nasi berbuka puasa.Menolong orang setiap masa.Long tolong beli peria.Keluarga Lina sangat ceria.Menguli tepung bukannya senang.Hiburkan hati,hilangkan lara.B) Salin semula pantun dua kerat di atas dengan susunan yang betul.1)2)3)4)Murid (menguasai / tidak menguasai)
Sebut, eja Dan Baca
Mari
sebut, eja dan baca
Set 1
Keluarga saya
1. Saya ada ibu.
2. Saya sayang ibu.
3. Saya ada ayah.
4. Saya kasih ayah.
5. Keluarga saya sangat bahagia.
Set 2
Set 2
6.
Hani ada datuk.
7. Hani ada nenek.
8. Mereka kasih akan Hani.
9.
Datuk dan nenek tinggal di kampung.
10. Datuk dan nenek hidup bahagia .
Mari baca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Set 1
Guru saya
Saya
mempunyai seorang guru yang paling saya sayangi. Nama beliau ialah Cikgu
Azlina.Beliau seorang yang baik hati dan penyayang.
Cikgu
Azlina berasal dari Lenggong Perak dan mengajar selama 7 tahun di
Sek.Keb.Kpg Dato’ Seri Kamaruddin. Suami Cikgu Azlina bekerja
sebagai tentera laut . Cikgu Azlina mempunyai 3 orang anak.
Cikgu
Azlina selalu memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga saya benar- benar faham
akan sesuatu topik.Cikgu Azlina juga merupakan seorang penasihat yang
baik.Beliau selalu menasihati pelajar – pelajarnya agar rajin belajar.
Saya
bercita-cita ingin menjadi guru seperti Cikgu Azlina. Saya perlu rajin belajar
dan Cikgu Azlina merupakan semangat untuk saya berjaya.
Set 2
Rumah Saya
Rumah
saya terletak di Taman Pegawai Seri Manjung. Rumah saya
rumah banglo.Di dalam rumah saya ada empat buah bilik tidur. Ruang
tamu rumah saya dihiasi dengan cantik dan sentiasa bersih. Di hadapan rumah
saya pula ada banyak pokok bunga .
Pada
hari minggu, kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan kawasan rumah. Oleh
itu, rumah saya bersih dan kemas.
Mari kita belajar mengeja bersama-sama! |
Standard Prestasi BM Tahun 2 SK/ SJK
Bila dan ada standard kurikulum, mesti ada standard prestasi untuk menilai prestasi dan pencapaian murid dalam sesuatu topik atau subtopik yang dipelajari. Untuk memudahkan guru-guru, silalah muat turun link dibawah untuk capaian Standard Prestasi BM Tahun 2 SK dan SJK. Diharap capaian ini memudahkan guru-guru BM yang lain.
Klik untuk muat turun fail:
Klik untuk muat turun fail:
Panduan Guru BM Tahun 2 SK
Untuk memudahkan guru-guru mencari bahan untuk KSSR terutama buku panduan untuk P dan P, disini disertakan link untuk download buku panduan guru bagi BM Tahun 2.
Sila klik di bawah untuk download buku panduan:
Sila klik di bawah untuk download buku panduan:
Dokumen Standard Bahasa Malaysia Tahun 2
Disini disertakan link untuk Dokumen Standard Bahasa Malaysia Tahun 2 untuk SK dan SJK bagi guru-guru yang memerlukannya.
Sila klik link untuk muat turun:-
Sila klik link untuk muat turun:-
Wednesday, 1 May 2013
Latih Tubi Membaca
Contoh latihan latih tubi membaca
Awalan konsonan
Murid membaca
mandi nanti banci
ninja lilin salun
pekan bijan rajin
makin mihun gincu
timun lanun tunda
Awalan konsonan
man min mun
kan kin kun
lan lin lun
han hin hun
jan jin jun
gan gin gun
Murid membaca
mandi nanti banci
ninja lilin salun
pekan bijan rajin
makin mihun gincu
timun lanun tunda
Mari Menulis
Mari menulis
Aa
|
Bb
|
Cc
|
Dd
|
Ee
|
Ff
|
Gg
|
Hh
|
Ii
|
Jj
|
Kk
|
Ll
|
Mm
|
Nn
|
Oo
|
Pp
|
Qq
|
Rr
|
Ss
|
Tt
|
Uu
|
Vv
|
Ww
|
Xx
|
Yy
|
Zz
|
Tulis semula ayat-
ayat dibawah dengan tulisan yang kemas. Ahmad sedang memotong sayur bayam.
__________________________________________
__________________________________________
2. Aminah membeli seikat sayur kangkung di pasar.
__________________________________________
__________________________________________.
3. Ibu memasak sup sawi dengan bebola ikan.
__________________________________________
__________________________________________.
4. Pada setiap hari, Arraz makan nasi
dengan sup tulang dan sayur.
__________________________________________
___________________________________________.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)